BASMALAH.
Demimu Palestin, ramai manusia sedunia yang masih lagi berfikiran ‘kolot’ dengan tindakan mereka ‘memboikot’ barang-barang keperluan harian yang sering mereka guna pakai seumur hidup mereka sebelum ini, tanpa memikirkan dengan terperinci ‘kebodohan’ tindakan mereka itu. Timbul perasaan pelik dan hairan setiap kali akal ini memikirkan di mana kebenaran kata-kata ‘boikot’ yang sentiasa dilaungkan oleh ekstremis-ekstremis pembangkang YAHUDI ini. Lebih-lebih lagi apabila acapkalinya peti simpanan emel dipenuhi oleh layangan mesej-mesej yang membariskan serta memaparkan produk-produk yang kononnya perlu dibanteras penggunaannya oleh manusia sejagat agar penindasan dan pembunuhan di Palestin dapat berakhir.
Tidakkah mereka perasan bahawa salah satu diantara jenama yang diselitkan dalam lingkungan produk-produk buatan YAHUDI tersebut adalah jenama-jenama seperti Intel dan Microsoft? Jika ‘boikot’ yang mereka inginkan, dan kefahaman ‘boikot’ tersebut dilakukan dengan sebenar-benar ‘boikot’, bagaimana mungkin emel-emel itu bebas tersebar dengan luasnya di alam maya selama ini. Entahkan sedar ataupun tidak, jenama produk buatan YAHUDI seperti Intel dan Microsoft inilah yang ‘membantu’ ekstremis tersebut dalam usaha mereka ‘memboikot’ barangan YAHUDI itu sendiri. Mengapa tidak dipakai sahaja burung merpati untuk menyampaikan mesej mereka kepada masyarakat? Bukankah itu lebih menampakkan gaya sebenar seorang pejuang ‘pemboikot’ barangan YAHUDI?
Setuju ataupun tidak, perjuangan ‘boikot’ yang diimpikan ramai manusia, terutamanya yang bergelar ‘Islam’ secara zahirnya, hanya akan dapat terlaksana apabila masing-masing kembali menjalani gaya hidup kehidupan di zaman batu. Jika dilihat dengan teliti, NUN, jauh di sana, setiap apa yang dipakai, setiap produk yang diguna, setiap jenama yang ditayang, ia secara tidak langsung menyalurkan sebahagian daripadanya dananya kepada kaum yang paling dibenci masyarakat dunia masa kini, siapa lagi kalau bukan kaum YAHUDI. Apatah lagi segala barangan teknologi tinggi seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, kereta, dan senarainya berterusan sehingga kepada penyedut minuman yang setiap hari diguna pakai manusia. Jika mahukan bukti yang lebih kukuh, taip saja produk dan barangan yang disebutkan tadi di dalam kotak pencarian di laman web Wikipedia. Menerusi laman web tersebut, baca dan ketahuilah sendiri sejarah-sejarah penciptaan barangan yang dinamakan tadi, dan saksikanlah bagaimana sebenarnya kaum YAHUDI telah berjaya melopori pasaran antarabangsa hampir setiap produk yang boleh didapati dalam kehidupan seharian kita.
Satu lagi perkara yang ingin diingatkan – perkara yang sebenarnya sentiasa dilupakan dan dipandang remeh oleh ramai – peristiwa dan kejadian yang berlaku di Palestin baru-baru ini sebenarnya telah lama dan sering berulang kembali sejak dari awal zaman pencerobohan Israel lagi. Dan hampir pada setiap kali berulangnya peristiwa ini, setiap kali itu juga pastinya akan timbul isu ‘memboikot’ seperti yang dinyatakan. Namun, tatkala redanya kekejaman yang melanda Palestin, tatkala itu jugalah redanya kebangkitan isu ‘boikot’ ini. Jadi, kepada mereka yang masih menanam mentaliti untuk ‘memboikot’ barangan YAHUDI dalam minda mereka, terdapat dua cadangan utama yang ingin disarankan kepada anda.
PERTAMA, berhenti membaca, log keluar dari ‘blog’ ini, tutup komputer anda, cabut suisnya dan humbankan segala peralatan komputer ini ke luar tingkap. Seterusnya, pergilah cari kain ihram seberapa banyak yang mungkin, sama ada yang terpakai mahupun yang baru dibeli, bungkuskan kesemuanya, dan berhijrahlah kamu ke hutan simpan Endau Rompin untuk bermastautin di sana. Dengan cara tersebut, sudah pasti kamu tidak perlu lagi memeningkan kepala memikirkan jalan untuk ‘memboikot’ dan mengelak daripada menggunakan barangan dan produk buatan YAHUDI.
KEDUA, tinggalkan segala niat anda itu, bersihkanlah pakaianmu, dan bangunlah dari tidur kamu yang sungguh melenakan selama ini. Berperang dan berjihadlah kamu pada jalan yang sebenarnya, jalan yang telah ditunjuki. Perang yang lebih merupakan kepada perang fahaman, dan jihad yang lebih merupakan kepada jihad perlaksanaan bagi mendamai dan merahmatkan kembali bumi pemberian ilahi ini. Hanya dengan melalui petunjuk dan cara yang betul sahaja yang bisa menumpaskan segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh kaum-kaum YAHUDI. Fikir dan renung-renungkanlah apa yang dikatakan. Gunakanlah kesempurnaan akal yang hanya akan dapat berfungsi secara total dengan iringan ikatan daripada pendengaran, penglihatan dan hati yang ada pada setiap manusia. Tepuk dada, tanyalah Iman…
HAMDALAH.
Nukilan ini diharap dapat membuka pendengaran, penglihatan dah hati mereka serta dapat berjihad sebenar-benar jihad ke jalan ALLAH….
Salam..
Aku mmg xberapa nak setuju bab boikot memboikot ni. Boikot dah macam nak membunuh diri sendiri..
Byk benda diboikot. Part kereta macam alternator, compressor, radioto tu pon orang yahudi yang supply.
Sebagai contoh, pergi jek kat kawasan perindustrian selayang sana, ada satu syarikat yg supply part2 ni kat semua kenderaan di Malaysia. Bendera Israel besar terpampan kat sana. Xde pon org nak kecoh…
pendek kata, tanamlah pohon mempelam kat “rumah” korg. Gerenti dpt kalahkan org Yahudi tu!!